KURIKULUM STANDART PRASEKOLAH KEBANGSAAN
PENDAHULUAN
Kurikulum Standart Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dilaksanakan pada tahun 2010 telah disemak semula bagi memenuhi tuntuan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan keperluan semasa.Penyemakan ini dilakukan bagi memastikan kualiti kurikulum yang dilaksanakan di prasekolah setanding dengan standarr antarabangsa.
Kurikulum berasaskan standart yang diterjemahkan dalam KSPK 2017 mengadungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Pentaksiran (DSKP).DSKP yang dihasilkan telah menyepadukan enam tunjang dalam kerangka KSPK 2107 iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri.
MATLAMAT KSPK
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya.
OBJEKTIF KSPK
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid untuk mencapai objektif seperti yang berikut:
1.Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
2.Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
3.Mengamalkan nilai-nilai murini masyarakat Malaysia.
4.Menghargai dan peka terhadap budaya masyarkat Malaysia.
5.Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
6.Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri.
7.Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri.
8.Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
9.Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif serta kemahiran dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
KERANGKA KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH
KEBANGSAAN
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri, Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1.Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan , boleh download dengan tekan gambar di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan