Sabtu, 29 April 2023

TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

 TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

    Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi keutamaan kepada aspek penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam. 

Pendidikan Islam memberi penekanan terhadap penguasaan asas Al-Quran dan jawi, pembentukan akidah, pemupukan asas ibadah, penyuburan adab dan akhlak dan pengenalan kepada sirah. 

Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran yang berteraskan Pendidikan Islam, murid boleh :

1. Mengenal huruf-huruf hijaiyah, menghafaz surah-surah pendek dan mempelajari bahasa Arab mudah.

2. Memahami asas beriman dan beribadah kepada Allah.

3. Mengenali sirah dan peribadi Rasulullah SAW serta berusaha mencontohinya.

4. Mengamalkan adab dan akhlak yang mulia dalam kehidupan.

5. Membaca suku kata dan menulis huruf jawi dengan betul.


Pendidikan Moral memfokuskan pembentukan insan berakhlak mulia dengan berteraskan tiga domain iaitu : 

1. Penaakulan Moral

Keupayaan mental untuk mengenal pasti perlakuan baik atau benar dan perlakuan jahat atau salah.

2. Emosi Moral

Kesedaran perasaan moral melahirkan kesedaran untuk berkelakuan baik dan betul yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul. Perasaan moral melahirkan motivasi moral dan niat untuk bertindak berdasarkan empati dan simpati terhadap diri dan orang lain. 

3. Perlakuan Moral 

Tindakan moral yang ada kaitan antara penaakulan moral dan emosi moral secara rela hati dengan rasa bertanggungjawab, akauntabiliti dan berintegriti. 

Ketiga-tiga domain tersebut perlu diaplikasikan dengan 14 nilai universal yang menjadi wahana bagi menghasilkan insan yang berakhlak mulia. Nilai universal tersebut merupakan nilai-nilai murni yang diterima dan menepati anutan agama atau kepercayaan masyarakat Malaysia.

Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran Pendidikan Moral, murid boleh :

1. Mengetahui dan memahami amalan nilai masyarakat Malaysia.

2. Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan seharian.

3. Mengeratkan hubungan dengan anggota masyarakat ke arah mengukuhkan perpaduan.


 PENDIDIKAN ISLAM

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

 

Kelas                                                   : 5 Murni

Tarikh                                                 : 13 Februari 2022

Masa                                                   : 9.00 Pagi – 9.45 Pagi

Umur                                                   : 5 Tahun

Bilangan Murid                                   : 20 Orang

Tajuk                                                   : Mari Mengenal Huruf Hijaiyyah

Tema                                                   : -

Tunjang Utama                                   : Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Fokus                                                  : (PI 1.0) Al-Quran

Standard Kandungan                          : (PI 1.1) Mengetahui huruf hijaiyyah

Standard Pembelajaran                       : (PI 1.1.1) Menyebut huruf hijaiyyah tinggal

Kesepaduan Tunjang                          : (BM 1.2.2) Mendengar dan menyanyi lagu

Objektif Pembelajaran                        : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1. Menyebut huruf hijaiyyah tunggal dengan betul.

2. Menulis huruf hijaiyyah tunggal dengan betul dan kemas.

Pengetahuan Sedia Ada                   : Murid-murid pernah mendengar huruf hijaiyyah tunggal.

Kemahiran Berfikir                          : Menjana idea, mengenalpasti maklumat

Penerapan Nilai                                : Bekerjasama, fokus, sabar

Bahan Bantu Mengajar                    : Video lagu, pembesar suara, kad gambar, kad imbasan

Kosa Kata                                          : Alif, Ba, Ta

 

Langkah/

Masa

 

Isi Pelajaran

 

Aktiviti Pengajaran

Dan Pembelajaran

 

Catatan/

Bahan

Set Induksi

(5 minit)

Menyanyikan lagu Alif, Ba, Ta

1.Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai pengetahuan mereka terhadap huruf hijaiyyah.

2.Guru memasang lagu mengenai huruf hijaiyyah.

3.Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.

ABM : video lagu, pembesar suara

 

PN : sabar, mendengar arahan

Langkah 1

(10 minit)

Menyebut huruf yang terdapat pada kad imbasan

1.Guru menunjukkan kad imbasan yang mempunyai huruf hijaiyyah kepada murid-murid.

2.Guru memberitahu cara membunyikan huruf hijaiyyah dengan betul.

3.Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai huruf hijaiyyah tersebut.

4.Guru meminta murid-murid menyebut nama huruf hijaiyyah tersebut.

BBM : kad imbasan

 

PN : bekerjasama

 

KB : menjana idea

Langkah 2

(10 minit)

Melukis bentuk huruf hijaiyyah di udara

1.Guru meminta murid-murid melukis bentuk huruf hijaiyyah di udara.

2.Guru membimbing murid-murid membentuk huruf hijaiyyah dengan melukis di udara mengikut arah yang betul.

PN : patuh, berdisiplin

 

KB : menjana idea

 

 

 

 

Langkah 3

(10 minit)

Menyebut gambar objek-objek yang dilihat

1.Guru menunjukkan kad gambar huruf hijaiyyah yang mempunyai gambar objek kepada murid-murid.

2.Guru bertanya kepada murid tentang gambar tersebut dan murid-murid menjawab.

ABM : kad gambar

 

PN : patuh

 

KB : mengenalpasti maklumat

 

Penutup

(10 minit)

Membuat latihan pengukuhan

1.Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai beberapa huruf hijaiyyah.

2. Guru meminta murid-murid menyambung titik-titik huruf hijaiyyah tersebut.

ABM : lembaran lerja

 

PN : mendengar arahan, rajin

       Refleksi :            



PENDIDIKAN MORAL

 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

 

Kelas                                                   : 5 Ceria

Tarikh                                                 : 8 Julai 2022

Masa                                                   : 9.00 Pagi – 9.40 Pagi

Umur                                                   : 5 Tahun

Bilangan Murid                                   : 15 Orang

Tajuk                                                   : Jom Mengenal Ciptaan Tuhan

Tema                                                   : Alam Hidupan

Tunjang Utama                                   : Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Fokus                                                  : (PM 1.0) Kepercayaan kepada Tuhan

Standard Kandungan                          : (PM 1.1) Mengetahui kewujudan Tuhan

Standard Pembelajaran                       : (PM 1.1.1) Menyatakan ciptaan Tuhan

Kesepaduan Tunjang                          : (KD 2.3.1) Bertutur dengan yakin

Objektif Pembelajaran                        : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1.      Menyatakan nama ciptaan Tuhan dengan betul

2.      Menyebut benda hidup dan benda bukan hidup

 

Pengetahuan Sedia Ada                   : Murid-murid pernah melihat ciptaan Tuhan

Kemahiran Berfikir                          : Mengenalpasti maklumat, menjana idea

Penerapan Nilai                                : Patuh, tekun

Bahan Bantu Mengajar                    : Video lagu, pembesar suara, kad gambar

Kosa Kata                                          : Manusia, Haiwan, Tumbuhan, Matahari, Bulan, Awan

 

 

  Langkah/

Masa

 

Isi Pelajaran

 

Aktiviti Pengajaran

Dan Pembelajaran

 

Catatan/Bahan

Set Induksi

(5 minit)

Menyanyikan lagu ciptaan Tuhan

 

1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai pengetahuan mereka terhadap ciptaan Tuhan.

2.Guru memasang lagu ciptaan Tuhan.

3.Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu tersebut.

ABM : video lagu, pembesar suara

 

PN : mendengar arahan

 

Langkah 1

(5 minit)

Menunjukkan kad gambar ciptaan Tuhan

1.Guru menunjukkan kad gambar ciptaan Tuhan kepada murid-murid.

2.Guru menyebut nama-nama ciptaan Tuhan kepada murid-murid.

 

ABM : kad gambar

 

PN : tekun

Langkah 2

(10 minit)

Menyebut benda hidup dan benda tidak hidup

1.Guru menyebut nama ciptaan Tuhan yang hidup dan yang tidak hidup menggunakan kad gambar.

2.Guru meminta murid-murid mengikut sebutan guru.

ABM : kad gambar

 

PN : patuh

 

KB : menjana idea

Langkah 3

(10 minit)

 

Bersoal jawab

1.Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang ciptaan Tuhan.

2.Guru meminta murid-murid menyebut semula ciptaan Tuhan yang hidup dan yang tidak hidup.

PN : yakin

 

KB : mengenalpasti maklumat

Penutup

(10 minit)

Membuat latihan pengukuhan

1.Guru menyediakan lembaran kerja mengenai ciptaan Tuhan.

2.Guru meminta murid-murid mewarna gambar lukisan ciptaan Tuhan.

ABM : lembaran kerja

 

PN : rajin

 

                   Refleksi : 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

  TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI     Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi keutamaan kepada aspek penghayatan amalan agama, kep...