TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

    Tunjang sains dan teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan dengan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.

A)SAINS AWAL KANAK-KANAK

  Sains awal menekankan pembentukan sikap dan penguasaan kemahiran proses sains melalui penyiasatan terhadap alam hidupan, alam binaan dan alam fizikal.
   Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kreatif, analitis dan sistematik. 
    Kemahiran proses sains yang dikenal pasti untuk dikembangkan adalah memerhati, mengelas, mengukur, membuat inferens, meramal dan berkomunikasi.
a)Memerhatikan ialah menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang
objek dan fenomena.
b)Mengelaskan ialah membuat pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama.
c)Mengukur ialah membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan unit bukan piawai. Unit bukan piawai ialah
sebarang ukuran yang digunakan sebagai unit rujukan. Contohnya :
i. Bahagian badan seperti jengkal, tapak kaki, depa dan genggam
ii. Objek seperti pen, klip kertas, lidi, sudu dan cawan.
d)Membuat inferens ialah membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan
sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
e)
Meramalkan ialah membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau
berdasarkan data.
f)
Berkomunikasi ialah menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan,
jadual, graf, rajah atau model.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN(RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN(RPH)

Kelas                            : Dahlia

Tarikh                           : 17 Ogos 2022

Masa                            : 9:30 pagi – 10:15 pagi (45 minit)

Umur                           : 5 Tahun

Bilangan Murid            : 20 orang

Tajuk                           : Kenali anggota badan !

Tema                           : Diri Saya

Subtema                      : Badan Saya

Tunjang Utama           : Sains dan Teknologi – Awal Sains

Fokus                          : (SA 3.0) Menyiasat Alam Hidupan

Standart Kandungan   : (SA 3.2) Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan                                         dan  deria manusia

Standart pembelajaran : (SA 3.2.1) Mengenal pasti anggota badan

Kesepaduan Tunjang   : 1) komunikasi

                                       2) Fizikal dan Estetika

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 

1)   Menyebut bahagian anggota badan dengan betul berdasarkan gambar kad imbasan

2)      Menyusun model anggota badan yang hilang dengan betul

3)      Menyebut fungsi anggota badan dengan baik                   

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid sudah mengetahui anggota badan manusia

Kemahiran Berfikir     : Menjana idea dan pemikiran logikal

Penerapan Nilai            : Sabar, Tekun dan Kerjasama

Bahan bantu mengajar : Komputer riba, model anggota badan dan kad imbasan

Kosa kata                    : anggota badan dan kad imbasan

LANGKAH/MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

SET INDUKSI

(10 minit)

Menunjukkan video Lagu Kanak-kanak | Anggota badan | Didi & Friends




1.Guru menunjukkan video kenali anggota badan kepada murid-murid.

2.Guru meminta murid-murid melihat  video tersebut dengan penuh perhatian.

BBM

Komputer Riba

Langkah 1

(10 minit)

Menunjukkan kad imbasan yang mempunyai gambar anggota badan manusia

1.Guru menunjukkan kad imbasan kepada murid-murid yang mempunyai gambar anggota badan manusia.

2.Guru memberitahu setiap nama anggota badan manusia.

3.Guru menunjukkan gambar anggota badan secara rawak lalu meminta murid-murid menyebut nama anggota badan manusia yang guru tunjukkan tadi.

BBM

Kad imbasan

 

Langkah 2

(10 minit)

Melengkapkan model anggota badan manusia

1.Guru menunjukkan model anggota badan manusia di hadapan kelas.

2.Guru mencabut beberapa anggota badan yang terdapat pada model tersebut.

3.Guru meminta murid-murid melengkapkan model anggota manusia itu dengan betul.

BBM

Model anggota badan

PN

kerjasama

Langkah 3

(10 minit)

Memberitahu fungsi-fungsi yang terdapat pada setiap anggota badan

1.Guru menunjukkan kad imbasan yang mempunyai gambar anggota badan manusia.

2.Guru meminta setiap orang murid-murid memberitahu fungsi-fungsi yang terdapat pada setiap anggota badan dengan betul.

BBM

Kad Imbasan

PN

Keberanian

 

 

 

 

PENUTUP

(5 minit)

Bersoal jawab

Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang apa yang dipelajari.

 

REFLEKSI     :

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….......................


CONTOH AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN


B.MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK

    Matematik Awal membekalkan pengalaman awal matematik termasuk pranombor, konsep nombor, operasi nombor, nilai wang, konsep masa dan waktu, serta bentuk dan ruang kepada murid prasekolah.

    Konsep pranombor dalam pendidikan prasekolah terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
1.Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza.Contohnya padanan satu dengan satu ada;ah seperti berikut:   
       
a) Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.
b) Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti sudu dan garpu.
c) Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.

2.Perbandingan ialah proses mengaitkan dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan.Contoh perbandingan ialah ukuran (panjang-pendek),saiz(besar-kecil) berat (berat-ringan) dan bilangan (banyak-sedikit).

3.Seriasi susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas.

4.Pola ialah corak tertentu dalam senarai nombor atau objek yang disusun.

5.Ketekalan merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu                        dan keluasan.   
         

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN(RPH)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Kelas                           : Permata

Tarikh                          : 29 November 2022 (Selasa)

Masa                            : 9.00 Pagi-9.30 Pagi (30 Minit)

Umur                           : 4 Tahun

Bil.murid                     :  1 Orang

Modul                         : -

Tajuk                           : Mari Belajar Nombor 1 hingga 10.

Tema                           :  Asas

Subtema                      : -

Tunjang utama            : Tunjang Sains dan Teknologi (Matematik)

Fokus                          : (MA2.0) Konsep Nombor

Standart kandungan    : (MA2.1) Memahami nombor 1 hingga 10.

Standart pembelajaran: (MA2.1.1) Menyebut nombor 1 hingga 10 mengikut urutan.

                                       (MA2.1.6) Memadankan kumpulan objek dengan nombor.

                                       (MA2.1.7) Menyurih angka

Kesepaduan tunjang    : Tunjang Komunikasi

Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

                                        1)Menyebut nombor 1 hingga 10 mengikut urutan yang betul.

                                        2)Memadankan kumpulan objek dengan nombor.

                                        3)Menyurih angka dengan betul.

1)   Pengetahuan sedia ada: Murid-murid sudah pernah melihat nombor.

Kemahiran berfikir      : Menjana idea dan mengaplikasi

Penerapan nilai            : Pemikir,berdaya tahan dan mahir berkomunikasi.

Bahan bantu mengajar: Komputer riba, Rainbow Counting Board, Marker dan Lembaran kerja.

Kosa kata                    : Rainbow Counting Board ,Durian ,Buah-buahan, Satu, Dua, Tiga, Empat, Lima,                                        Enam, Tujuh, Lapan, Sembilan, Sepuluh.

LANGKAH/

MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi

(5 Minit)

Menyanyi lagu ‘Didi and Friends’ nombor 1 hingga 10 bersama murid.

Lirik Lagu:

12345 durian,

Mari sama-sama kira buah durian,

6789 biji durian,

10 biji durian.

Mari kita bersama-sama,

kira buah-buah yang ada,

durian,rambutan dan kelapa,

 Mari mengira bersama

(Ulang Chorus)

1.Guru memasang video lagu nombor 1 hingga 10 ‘didi and friends’ menggunakan komputer riba.

2.Guru meminta murid-murid menyanyi lagu nombor 1 hingga 10 bersama-sama.

BBM

Komputer riba

PN

Mahir Berkomunikasi

Langkah 1

(5 Minit)

Guru menunjukkan cara bermain Rainbow Counting Board.

 

1.Guru menunjukkan cara bermain Rainbow Counting Board terlebih dahulu sebelum meminta murid-murid bermain.

 

Cara bermain:

1.Murid -murid diminta untuk memasukkan batang aiskrim mengikut padanan warna dan angka nombor pada board permainan.

2.Kemudian, murid-murid diminta untuk menyurih angka nombor 1 hingga 10 mengikut titik putus-putus pada board permainan

 

BBM

-Rainbow Counting Board

-Marker

KB

Pemikir

PN

Berdaya Tahan

Langkah 2

(10 Minit)

Guru meminta murid-murid untuk bermain Rainbow Counting Board.

1.Guru mengedarkan Rainbow Counting Board kepada murid-murid.

2.Guru meminta murid-murid untuk bermain Rainbow Counting Board dengan memasukkan batang aiskrim mengikut warna dan angka nombor 1 hingga 10 sehingga siap.

3.Kemudian, guru meminta murid-murid untuk menyurih angka dengan menyambung titik putus-putus pada Rainbow Counting Board menggunakan marker.

4. Murid-murid mendengar arahan dengan penuh perhatian.

BBM

-Rainbow Counting Board

-Marker

KB

Mengaplikasi

PN

Pemikir

Langkah 3

(5 Minit)

Latihan Pengukuhan

Cara:

Bulatkan angka nombor mengikut kuantiti objek.

1.Guru menunjukkan cara membuat lembaran kerja.

2. Guru meminta murid untuk bulatkan angka nombor mengikut kuantiti objek pada lembaran kerja.

3.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.

4. Guru meminta murid-murid untuk menyiapkan tugasan dengan bimbingan guru.

5. Murid-murid mendengar arahan dan menyiapkan tugasan yang diberikan.

BBM

Lembaran Kerja

KB

Menjana Idea

PN

Pemikir

 

Penutup

(5 Minit)

Bersoal Jawab

Soalan:

Apakah yang kita pelajari pada hari ini?

1.Guru bersoal jawab semula dengan murid tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut.

2.Guru memberikan tepukan dan pujian kepada murid-murid.

 

 

REFLEKSI:……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

CONTOH BAHAN BANTU MENGAJAR YANG BOLEH DILAKUKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

  TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI     Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi keutamaan kepada aspek penghayatan amalan agama, kep...