PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PSIKOMOTOR

 Bidang pembelajaran ini adalah bertujuan mengembangkan kemahiran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 0-4 tahun untuk membolehkan mereka mengawal anggota tuhub badan dengan lebih berkesan. Kemahiran fizikal merangkumi pertumbuhan dan pembesaran tubuh badan kanak-kanak, kekuatan dan kecergasan dalam menjalankan aktiviti pembelajaran PERMATA. Kemahiran psikomotor melibatkan pengukuhan dan kemahiran menggunakan motor kasar dan motor halus, koordinasi deria penglihatan dan tangan untuk mengawal anggota badan dan mengurus diri.

Sebahagian besar daripada aspek perkembangan fizikal yang berkaitan dengan tumbesaran fizikal kanak-kanak telah dicakupi di dalam Bidang Pengasuhan Kanak-Kanak yang menerangkan mengenai permakanan sihat, latihan mengurus diri, senaman dan kecergasan, kesihatan dan kebersihan. Bahagian ini akan menekankan bidang fizikal yang ditumpukan kepada perkembangan psikomotor, iaitu kemahiran motor kasar dan motor halus, dan koordinasi mata, tangan dan kaki. 

Perkembangan Kemahiran Motor Kasar

Perkembangan motor kasar bermaksud kebolehan kanak-kanak menggunakan otot-otot besar pada anggota badannya, misalnya otot pada kaki, untuk berlari, menaiki tangga,menyepak bola dan sebagainya. Contohnya, bayi berusia 6 bulan, biasanya belajar merangkak menggunakan otot-otot besar pada kaki dan tangan - untuk mengangkat badan dari atas lantai dan mengimbangnya dalam pergerakan. Manakala bagi kanak-kanak berumur 2 tahun menggunakan ‘railing’ sebagai sokongan untuk naik tangga dengan satu kaki setiap anak tangga dan sebagainya.

Perkembangan Motor Halus

Motor halus atau otot-otot halus membolehkan kanak-kanak memanipulasi objek yang kecil, contohnya memegang pensil untuk menulis atau melukis, menggunting, memungut benda kecil dan membutang baju. Kebiasaannya, kebolehan motor halus untuk berfungsi dengan baik bergantung kepada penglihatan kanak-kanak yang tepat. Kebolehan ini dinamakan koordinasi mata dan tangan. Kanak-kanak perlu melihat dengan tepat ke arah objek atau garisan yang hendak digunting dan otot-otot pada jari dan tangan kanak-kanak mengawal guntingan supaya tidak terkeluar daripada garisan yang hendak digunting.Latihan motor kasar, motor halus dan koordinasi mata dan tangan ditekankan dalam semua aktiviti pembelajaran di TASKA.

Latihan motor kasar:

- Berlari

- Melompat

- Memanjat

- Menyepak

- Melontar

- Melambung

Apabila kanak-kanak berlari sambil menyepak bola, dia sedang menggunakan koordinasi mata dan kaki bagi membolehkan dia melakukan aktiviti itu. Begitu juga apabila kanak-kanak menjaring bola, bermain badminton dan lain-lain permainan yang memerlukan dia menggunakan mata dan kaki atau tangan.

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan bersama kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak 





Latihan motor halus: 

- Melukis dan mewarna: mengunakan berus besar dan berus kecil – untuk membantu perkembangan ‘pincer grip’ untuk kemahiran menulis kelak

- Peg puzzle untuk bayi: memberi peluang bayi belajar menggunakan jari dan ibu jari untuk memegang tombol pada kepingan puzzle

- Menguli tanah liat: latihan motor halus yang sangat baik, terutama jika beri bersama kayu uli dan acuan kuih

- Menggunting gambar atau bentuk: latihan yang cukup baik untuk koordinasi mata￾tangan

- Menguntai manik

- Blok berbagai saiz, besar hingga yang paling kecil

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan bersama kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak




CONTOH RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

Nama Pendidik                             : SITI FARAHANIS BINTI MUDA

Minggu                                         : Keempat

Hari/Tarikh                                    : Rabu/17 Ogos 2022

Masa                                             : 10:30-11:00 pagi

Umur Kanak-kanak                       : 3 Tahun

Tema                                             :  Alam bahan

Tajuk                                             : Mari mewarna !

Pengetahuan Sedia Ada                : Kanak-kanak dapat memegang objek menggunakan

        jari(motor halus) dengan baik..

Bidang Perkembangan                  : Perkembangan Fizikal dan Psikomotor

Objektif Pembelajaran                  : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat:

1)      Mewarna lakaran bunga mengikut kreativiti masing-masing.

2)      Memegang krayon besar dengan pegangan yang baik.

Bahan                                            : Kertas lakaran bunga, pensel warna dan krayon besar

Langkah Mengendalikan Aktiviti :

1)      Pendidik telah menyediakan bahan dan tempat untuk melakukan aktiviti.

2)      Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mengalami masalah kesihatan, selesa dan bersedia melakukan aktiviti ini.

3)      Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.

4)      Pendidik meminta kanak-kanak membuat bulatan.

5)      Pendidik memastikan setiap kanak-kanak mempunyai ruang yang selesa sebelum memulakan aktiviti.

6)      Pendidik menunjukkan kertas lakaran bunga kepada kanak-kanak sebelum memulakan aktiviti.

7)      Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai lakaran bunga tersebut.

8)      Pendidik menyediakan pensil warna dan kertas lakaran bunga kepada kanak-kanak.

9)      Pendidik meminta kanak-kanak mewarnakan gambar lukisan bunga mengikut kreativiti masing-masing.

10)  Pendidik memastikan kanak-kanak tidak mencederakan rakan seperti mencucuk menggunakan pensil sepanjang aktiviti mewarna.

11)  Sekiranya kanak-kanak tidak dapat memegang pensil dengan betul, pendidik akan membimbing kanak-kanak yang tidak dapat memegang pensil atau krayon sepanjang aktiviti mewarna.

12)  Pendidik memberi pujian dan tepukan kepada kanak-kanak kerana telah mengikuti sepanjang aktiviti.           

Perhatian :

1)      Pendidik memastikan kesihatan fizikal dan emosi kanak-kanak dalam keadaan baik sebelum memulakan aktiviti.                                                                       

2)      Pendidik memastikan alat dan bahan yang digunakan semasa menjalankan aktiviti ialah selamat dan sesuai dengan kanak-kanak.

3)      Pendidik mengunakkan ayat yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

4)      Pendidik memastikan ruang yang digunakan sesuai, selesa dan selamat untuk pergerakan kanak-kanak.

Refleksi :

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

  TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI     Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi keutamaan kepada aspek penghayatan amalan agama, kep...