Di samping itu, aspek seni bahasa juga diterapkan dalam tunjang ini.Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur melalui pelbagai aktiviti dan permainan bahasa seperti nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi.
PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL (PERMATA)
Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan keahiran berbahasa dan berkomunikasi kanak-kanak. Bahasa adalah asas penting untuk membina kemahiran sosial dan intelek kanak-kanak. Untuk berkomunikasi dengan baik, maka kanak-kanak perlu menguasai kosa kata dan bahasa seperti yang disarankan oleh Chomsky dan Vygotsky. Manakala, kedua-dua kemahiran ini perlu dibina berasaskan pembelajaran literasi awal. Kurikulum PERMATA Negara menekankan penggunaan dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam aktivitinya setiap hari. Selain itu, penguasaan bahasa ibunda juga digalakkan sekiranya terdapat peluang untuk membina kemahiran dalam bahasa-bahasa tersebut di TASKA. Kanak-kanak dipercayai boleh mempelajari pelbagai bahasa sejak kecil tanpa menjadi keliru. Kanak-kanak akan lebih cepat boleh menguasai bahasa-bahasa yang selalu digunakan dalam berinteraksi dengan mereka. Ini kerana kanak-kanak belajar dengan cara meniru dan minda mereka dapat menyerap maklumat dengan cepat dari persekitarannya. Mereka juga tidak takut atau malu jika membuat kesilapan.
Bahasa menurut Vygotsky lagi, adalah alat untuk berfikir. Penguasaan bahasa akan membolehkan kanak-kanak Malaysia berfikir lebih cepat daripada kanak-kanak lain yang seumur dengan mereka. Bidang pembelajaran ini adalah bidang kedua yang sangat ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara. Bidang ini bertujuan memastikan kanak-kanak boleh menguasai bahasa, khususnya bahasa ibunda dan Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris lebih awal.
Secara khususnya,objektif pembelajaram bagi bidang ini ialah untuk membina kebolehan bertutur, bersoal jawab, awal baca, awal tulis dan menanam minat suka membaca sebagai langkah awal ke arah pembudayaan ilmu dalam diri kanak-kanak.
Sejak dilahirkan, otak bayi telah boleh "menyerap dan menyimpan" perkataan dan bahasa yang dituturkan kepadanya. Walaupun masih belum boleh bercakap, bayi dan kanak-kanak boleh memahami bahasa dan boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa badan. Sekiranya didedahkan seawal usia, kanak-kanak akan dapat menguasai kedua-dua bahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris) lebih cepat melalui aktivit-aktiviti yang dirancang khas untuk mereka.
Kurikulum PERMATA Negara menggalakkan pendidikan sentiasa berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak dalam bahasa yang betul dan lengkap iaitu bahasa "surat". Aktiviti-aktiviti bagi membina kemahiran berkomunikasi, berbahasa dan awal literasi telah dirancang dengan begitu rapi supaya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi (mengikut tahap masing-masing) semasa berada di TASKA. Di antara aktiviti-aktiviti yang membantu perkembangan ini ialah:
- Membaca
- Aktiviti awal baca-pendidik menunjuk gambar dan membacakan buku besar kepada bayi dan kanak-kanak kecil.
- Aktiviti awal tulis- pendidik memberi buku/kertas kepada kanak-kanak untuk menconteng.
- Bercerita
- Kanak-kanak dibacakan cerita atau membaca sendiri
- Menceritakan semula cerita yang dibaca atau diceritakan
- Bercerita dan berlakon, berdrama dan melakon peranan
- Menyanyi
- Kanak-kanak diajar menyanyi lagu kanak-kanak,"nursery rhymes", lagu PERMATA, lagu Negaraku, lagu negeri, lagu-lagu patriotik, lagu-lagu sambutan hari-hari perayaan, lagu dari pelbagai budaya dan lagu-lagu popular semasa.
- Berzikir dan Berdoa
- Kanak-kanak Islam sentiasa diajar berzikir, bertasbih dan tahmid, selain membaca doa sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
- Aktiviti Sudut Bacaan
- Kanak-kanak berpeluang meneroka bahan bercetak, perkataan, nyanyian, bahasa berirama.
- Membantu kanak-kanak menggunakan bahasa ekspresi dan reseptif dalam berkomunikasi.
- Aktiviti tulisan
- Kanak-kanak PERMATA digalakkan melakar, menconteng, melukis dan menulis untuk memastikan mereka menguasai awal literasi.
Hasil Pembelajaran untuk Bidang Kemahiran Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Hasil Pembelajaran kanak-kanak 6 hingga 12 bulan:
- Mengeluarkan pelbagai bunyi (babbling, cooing) dan menyebut perkataan mudah seperti "cucu" (susu), "bu" (ibu), "ma" (mama), "pah" (papa/opah) dan lain-lain.
- Menggabungkan suku kata "da" menjadi "dada"
- Mengangguk dan menggeleng untuk menyatakan "ya" atau "tidak"
- Suka meniru bunyi-bunyi yang didengar
- Berkomunikasi dengan bilangan perkataan yang lebih banyak (50-100 perkataan)
- Menggunakan intonasi berlainan untuk sesuatu perkataan/keadaan
- Menggunakan bahasa ekspresi dan reseptif
- Mengenali gambar dalam buku cerita dan suka menconteng
- Berkomunikasi menggunakan ayat-ayat yang pendek dan telah mempunyai 200-300 perbendaharaan kata
- Menggunakan perkataan "tak" (tidak), kata kerja dan kata nama
- Memahami arahan dan peraturan mudah
- Menguasai kemahiran bertanya dan mengingati pesanan/cerita
- Mengenali huruf dan abjad dan boleh menyebut dengan lancar
- Membaca dan bercerita
- Membentuk ayat menggunakan 3-4 patah perkataan dan telah mempunyai 500-1000 perbendaharaan kata
- Bercerita apa yang dilihat, memberi cadangan dan melahirkan perasaan
- Memahami peraturan mudah
- Menguasai kemahiran bertanya dan mengingat
- Menulis nama sendiri
CONTOH RPH TUNJANG KOMUNIKASI
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Kelas : Anggerik
Tarikh : 3 November 2022
Masa : 9:00 pagi – 9:40
pagi (40 minit)
Umur : 5 Tahun
Bilangan Murid : 6 Orang
Tajuk : Huruf Vokal
(a,e,i,o,u)
Tema :Asas
Subtema : -
Tunjang Utama : Komunikasi
Fokus : (BM 2.0) Kemahiran
Membaca
Standart Kandungan : (BM 2.2) Mengenal Huruf Abjad
Standart
Pembelajaran : (BM 2.2.2) Menyebut dan membunyikan huruf vokal
Kesepaduan Tunjang : 1) Kreativiti dan Estetika
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid
dapat :
1) Membunyikan
huruf vokal dengan sebutan yang betul
2) Padankan
huruf vokal bersama gambar dengan betul
Pengetahuan Sedia
Ada : Murid-murid sudah mengetahui huruf ABC
Kemahiran
Berfikir : Menjana idea dan
pemikiran logikal
Penerapan Nilai
: sabar, tekun dan bertolak ansur
Bahan Bantu
Mengajar : Komputer riba, kad imbasan
huruf a,e,i,o,u , dadu a,e,i,o,u dan
lembaran kerja
Kosa Kata : ayam, emak, ikan, otak, ular
LANGKAH/MASA |
ISI
PELAJARAN |
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN |
CATATAN |
Set Induksi (5
minit) |
Menyanyikan
Lagu Huruf Vokal | a,e,i,o,u | |
1.Guru menyanyikan lagu huruf vokal kepada murid-murid. 2.Guru
menyanyi lagu bersama murid-murid. |
BBM Komputer
riba |
Langkah 1 (10
minit) |
Menunjukkan kad imbasan yang mempunyai huruf vokal
(a,e,i,o,u) |
1.Guru menunjukkan kad imbasan kepada murid-murid yang
mempunyai huruf vokal (a,e,i,o,u) 2.Guru menyebut setiap huruf vokal (a,e,i,o,u) dan
meminta kanak-kanak menyebut bersama. 3.Guru memilih murid-murid secara rawak untuk
menyebut huruf vokal (a,e,i,o,u). 3. Murid menyebut huruf vokal yang ditunjukkan oleh
guru secara rawak. |
BBM Kad
imbasan |
Langkah 2 (10
minit) |
Membunyikan huruf vokal (a,e,i,o,u) |
1.Guru membunyikan huruf vokal kepada murid-murid
(a,e,i,o,u). 2.Guru meminta murid-murid membunyikan huruf vokal
(a,e,i,o,u) bersama-sama. 3.Guru mengajak murid-murid bermain permainan dadu
huruf vokal (a,e,i,o,u) 4.Guru menerangkan cara bermain terlebih dahulu
kepada murid-murid. 3.Guru memberikan dadu huruf vokal (a,e,i,o,u)
kepada murid-murid untuk bermain, 4.Murid-murid haruslah menyebut dan membunyikan
huruf vokal yang dilambung. |
BBM Dadu
huruf vokal |
Langkah 3 (10
minit) |
Aktiviti mewarna dan memadankan huruf vokal dengan
gambar. |
1.Guru meminta murid-murid memadankan huruf vokal
dengan gambar yang sesuai. 2.Guru membimbing murid-murid semasa aktiviti
dijalankan. 3.Guru meminta murid-murid mewarna gambar yang
terdapat pada lembaran kerja. 3. Membuat lembaran kerja. |
BBM Lembaran
kerja |
Penutup (5
minit) |
Rumusan |
1.Guru bersoal jawab semula dengan murid-murid
tentang pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. 2. Guru memberikan penghargaan dan pujian kepada
murid-murid. |
|
REFLEKSI :
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
AKTIVITI YANG DAPAT MENGEMBANGKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK
1. Ajar Bahasa melalui aktiviti harian anak
Menerangkan kepada anak-anak tentang aktiviti-aktiviti yang mereka lalui setiap hari seperti bangun dari tidur, mandi, mencuci muka, memberus gigi dan lain-lain. Ia boleh membantu anak-anak mengenali perkataan-perkataan baharu kerana komunikasi yang baik tidak akan berlaku jika anak-anak tidak dilengkapkan dengan kosa kata yang secukupnya untuk menyatakan pendirian mereka.
2. Sering bercakap dan berkomunikasi dengan anak
Ibu bapa harus bercakap dengan anak-anak sekerap mungkin. Tanya anak soalan-soalan yang mudah untuk mereka jawab dengan menggunakan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku atau telah diperhatikan oleh mereka. Contohnya, Apakah warna bunga ini ? Apakah benda di dalam gambar ini?. Jika kanak-kanak tidak dapat menjawab, bantu mereka dengan memberitahu mereka jawapan supaya mereka dapat belajar dan menggunakannya kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan