TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI
A) SAINS AWAL KANAK-KANAK
sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
e)Meramalkan ialah membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau
berdasarkan data.
f)Berkomunikasi ialah menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan,
jadual, graf, rajah atau model.
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN(RPH)
Kelas : Dahlia
Tarikh : 17 Ogos 2022
Masa
: 9:30 pagi – 10:15 pagi (45 minit)
Umur : 5 Tahun
Bilangan
Murid : 20 orang
Tajuk
: Kenali anggota badan !
Tema : Diri Saya
Subtema : Badan Saya
Tunjang
Utama : Sains dan Teknologi –
Awal Sains
Fokus : (SA 3.0) Menyiasat
Alam Hidupan
Standart Kandungan : (SA 3.2) Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan dan deria manusia
Standart
pembelajaran : (SA 3.2.1) Mengenal pasti anggota badan
Kesepaduan Tunjang : 1) komunikasi
2) Fizikal dan Estetika
Objektif
Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1) Menyebut
bahagian anggota badan dengan betul berdasarkan gambar kad imbasan
2) Menyusun
model anggota badan yang hilang dengan betul
3) Menyebut
fungsi anggota badan dengan baik
Pengetahuan
sedia ada : Murid-murid sudah mengetahui anggota badan manusia
Kemahiran
Berfikir : Menjana idea dan pemikiran
logikal
Penerapan
Nilai : Sabar, Tekun dan Kerjasama
Bahan
bantu mengajar : Komputer riba, model anggota badan dan kad imbasan
Kosa
kata : anggota badan
dan kad imbasan
LANGKAH/MASA |
ISI
PELAJARAN |
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN |
CATATAN |
SET
INDUKSI (10 minit) |
Menunjukkan video Lagu Kanak-kanak |
Anggota badan | Didi & Friends |
1.Guru menunjukkan video kenali anggota
badan kepada murid-murid. 2.Guru meminta murid-murid melihat video tersebut dengan penuh perhatian. |
BBM Komputer Riba |
Langkah
1 (10 minit) |
Menunjukkan kad imbasan yang mempunyai
gambar anggota badan manusia |
1.Guru menunjukkan kad imbasan kepada
murid-murid yang mempunyai gambar anggota badan manusia. 2.Guru memberitahu setiap nama anggota
badan manusia. 3.Guru menunjukkan gambar anggota badan
secara rawak lalu meminta murid-murid menyebut nama anggota badan manusia
yang guru tunjukkan tadi. |
BBM Kad imbasan |
Langkah
2 (10 minit) |
Melengkapkan model anggota badan manusia |
1.Guru menunjukkan model anggota badan
manusia di hadapan kelas. 2.Guru mencabut beberapa anggota badan
yang terdapat pada model tersebut. 3.Guru meminta murid-murid melengkapkan
model anggota manusia itu dengan betul. |
BBM Model anggota badan PN kerjasama |
Langkah
3 (10 minit) |
Memberitahu fungsi-fungsi yang terdapat
pada setiap anggota badan |
1.Guru menunjukkan kad imbasan yang mempunyai
gambar anggota badan manusia. 2.Guru meminta setiap orang murid-murid
memberitahu fungsi-fungsi yang terdapat pada setiap anggota badan dengan
betul. |
BBM Kad Imbasan PN Keberanian |
PENUTUP (5 minit) |
Bersoal jawab |
Guru bersoal jawab dengan murid-murid
tentang apa yang dipelajari. |
|
REFLEKSI :
CONTOH AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN
B.MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK
c) Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.
2.Perbandingan ialah proses mengaitkan dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan.Contoh perbandingan ialah ukuran (panjang-pendek),saiz(besar-kecil) berat (berat-ringan) dan bilangan (banyak-sedikit).
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Kelas :
Permata
Tarikh :
29 November 2022 (Selasa)
Masa :
9.00 Pagi-9.30 Pagi (30 Minit)
Umur :
4 Tahun
Bil.murid : 1 Orang
Modul :
-
Tajuk :
Mari Belajar Nombor 1 hingga 10.
Tema : Asas
Subtema :
-
Tunjang utama :
Tunjang Sains dan Teknologi (Matematik)
Fokus :
(MA2.0) Konsep Nombor
Standart kandungan : (MA2.1) Memahami nombor 1 hingga 10.
Standart pembelajaran: (MA2.1.1) Menyebut nombor 1
hingga 10 mengikut urutan.
(MA2.1.6) Memadankan kumpulan objek dengan
nombor.
(MA2.1.7) Menyurih angka
Kesepaduan tunjang : Tunjang Komunikasi
Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, murid-murid dapat :
1)Menyebut nombor 1 hingga 10 mengikut urutan yang betul.
2)Memadankan kumpulan objek dengan nombor.
3)Menyurih angka dengan betul.
1) Pengetahuan sedia ada: Murid-murid sudah pernah melihat nombor.
Kemahiran berfikir :
Menjana idea dan mengaplikasi
Penerapan nilai :
Pemikir,berdaya tahan dan mahir berkomunikasi.
Bahan bantu mengajar: Komputer riba, Rainbow Counting
Board, Marker dan Lembaran kerja.
Kosa kata : Rainbow Counting Board ,Durian ,Buah-buahan, Satu, Dua, Tiga, Empat, Lima, Enam, Tujuh, Lapan, Sembilan, Sepuluh.
LANGKAH/ MASA |
ISI PELAJARAN |
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN |
CATATAN |
Set Induksi (5 Minit) |
Menyanyi lagu ‘Didi and Friends’ nombor 1 hingga 10
bersama murid. Lirik Lagu: 12345 durian, Mari sama-sama kira buah durian, 6789 biji durian, 10 biji durian. Mari kita bersama-sama, kira buah-buah yang ada, durian,rambutan dan kelapa, Mari mengira
bersama (Ulang Chorus) |
1.Guru memasang video lagu nombor 1 hingga 10 ‘didi
and friends’ menggunakan komputer riba. 2.Guru meminta murid-murid menyanyi lagu nombor 1
hingga 10 bersama-sama. |
BBM Komputer riba PN Mahir
Berkomunikasi |
Langkah 1 (5 Minit) |
Guru menunjukkan
cara bermain Rainbow Counting Board.
|
1.Guru menunjukkan cara bermain Rainbow Counting
Board terlebih dahulu sebelum meminta murid-murid bermain.
Cara bermain: 1.Murid -murid diminta untuk memasukkan batang
aiskrim mengikut padanan warna dan angka nombor pada board permainan. 2.Kemudian, murid-murid diminta untuk menyurih angka
nombor 1 hingga 10 mengikut titik putus-putus pada board permainan
|
BBM -Rainbow Counting Board -Marker KB Pemikir PN Berdaya Tahan |
Langkah 2 (10 Minit) |
Guru meminta
murid-murid untuk bermain Rainbow Counting Board. |
1.Guru mengedarkan Rainbow Counting Board kepada
murid-murid. 2.Guru meminta murid-murid untuk bermain Rainbow
Counting Board dengan memasukkan batang aiskrim mengikut warna dan angka
nombor 1 hingga 10 sehingga siap. 3.Kemudian, guru meminta murid-murid untuk menyurih
angka dengan menyambung titik putus-putus pada Rainbow Counting Board
menggunakan marker. 4. Murid-murid mendengar arahan dengan penuh perhatian. |
BBM -Rainbow Counting Board -Marker KB Mengaplikasi PN Pemikir |
Langkah 3 (5 Minit) |
Latihan
Pengukuhan Cara: Bulatkan angka
nombor mengikut kuantiti objek. |
1.Guru menunjukkan cara membuat lembaran kerja. 2. Guru meminta murid untuk bulatkan angka nombor
mengikut kuantiti objek pada lembaran kerja. 3.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada
murid-murid. 4. Guru meminta murid-murid untuk menyiapkan tugasan
dengan bimbingan guru. 5. Murid-murid mendengar arahan dan menyiapkan
tugasan yang diberikan. |
BBM Lembaran Kerja KB Menjana Idea PN Pemikir
|
Penutup (5 Minit) |
Bersoal Jawab Soalan: Apakah yang kita
pelajari pada hari ini? |
1.Guru bersoal jawab semula dengan murid tentang apa
yang dipelajari pada hari tersebut. 2.Guru memberikan tepukan dan pujian kepada
murid-murid. |
|
REFLEKSI:……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tiada ulasan:
Catat Ulasan