TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi keutamaan kepada aspek
penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Tunjang ini mengandungi
disiplin ilmu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam
dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Pendidikan Moral dipelajari oleh
murid bukan beragama Islam.
Pendidikan Islam memberi penekanan terhadap penguasaan asas Al-Quran dan jawi, pembentukan akidah, pemupukan asas ibadah, penyuburan adab dan akhlak dan pengenalan kepada sirah.
Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran yang berteraskan Pendidikan Islam, murid boleh :
1. Mengenal huruf-huruf hijaiyah, menghafaz surah-surah pendek dan mempelajari bahasa Arab mudah.
2. Memahami asas beriman dan beribadah kepada Allah.
3. Mengenali sirah dan peribadi Rasulullah SAW serta berusaha mencontohinya.
4. Mengamalkan adab dan akhlak yang mulia dalam kehidupan.
5. Membaca suku kata dan menulis huruf jawi dengan betul.
Pendidikan Moral memfokuskan pembentukan insan
berakhlak mulia dengan berteraskan tiga domain iaitu :
1. Penaakulan Moral
Keupayaan mental untuk
mengenal pasti perlakuan baik atau benar dan perlakuan jahat atau salah.
2. Emosi Moral
Kesedaran perasaan moral
melahirkan kesedaran untuk berkelakuan baik dan betul yang menyebabkan insan
berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika
melakukan sesuatu yang tidak betul. Perasaan moral melahirkan motivasi moral
dan niat untuk bertindak berdasarkan empati dan simpati terhadap diri dan orang
lain.
3. Perlakuan Moral
Tindakan moral yang ada kaitan antara penaakulan moral dan emosi moral secara rela hati dengan rasa bertanggungjawab, akauntabiliti dan berintegriti.
Ketiga-tiga domain tersebut perlu diaplikasikan dengan 14 nilai universal yang menjadi wahana bagi menghasilkan insan yang berakhlak mulia. Nilai universal tersebut merupakan nilai-nilai murni yang diterima dan menepati anutan agama atau kepercayaan masyarakat Malaysia.
Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran Pendidikan Moral, murid boleh :
1. Mengetahui dan memahami amalan nilai masyarakat Malaysia.
2. Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan seharian.
3. Mengeratkan hubungan dengan anggota masyarakat ke arah mengukuhkan perpaduan.
PENDIDIKAN ISLAM
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas :
5 Murni
Tarikh :
13 Februari 2022
Masa :
9.00 Pagi – 9.45 Pagi
Umur :
5 Tahun
Bilangan Murid :
20 Orang
Tajuk :
Mari Mengenal Huruf Hijaiyyah
Tema :
-
Tunjang Utama :
Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Fokus :
(PI 1.0) Al-Quran
Standard Kandungan :
(PI 1.1) Mengetahui huruf hijaiyyah
Standard Pembelajaran :
(PI 1.1.1) Menyebut huruf hijaiyyah tinggal
Kesepaduan Tunjang :
(BM 1.2.2) Mendengar dan menyanyi lagu
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. Menyebut huruf hijaiyyah
tunggal dengan betul.
2. Menulis huruf
hijaiyyah tunggal dengan betul dan kemas.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid-murid pernah mendengar huruf hijaiyyah tunggal.
Kemahiran Berfikir :
Menjana idea, mengenalpasti maklumat
Penerapan Nilai :
Bekerjasama, fokus, sabar
Bahan Bantu Mengajar :
Video lagu, pembesar suara, kad gambar, kad imbasan
Kosa Kata :
Alif, Ba, Ta
Langkah/ Masa |
Isi Pelajaran |
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran |
Catatan/ Bahan |
Set Induksi (5 minit) |
Menyanyikan lagu Alif, Ba,
Ta |
1.Guru bersoal jawab dengan
murid-murid mengenai pengetahuan mereka terhadap huruf hijaiyyah. 2.Guru memasang lagu mengenai
huruf hijaiyyah. 3.Guru meminta murid-murid
menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. |
ABM : video lagu, pembesar suara
PN : sabar, mendengar arahan |
Langkah 1 (10 minit) |
Menyebut huruf yang terdapat
pada kad imbasan |
1.Guru menunjukkan kad imbasan
yang mempunyai huruf hijaiyyah kepada murid-murid. 2.Guru memberitahu cara
membunyikan huruf hijaiyyah dengan betul. 3.Guru bersoal jawab dengan
murid-murid mengenai huruf hijaiyyah tersebut. 4.Guru meminta murid-murid
menyebut nama huruf hijaiyyah tersebut. |
BBM : kad imbasan
PN : bekerjasama
KB : menjana idea |
Langkah 2 (10 minit) |
Melukis bentuk huruf
hijaiyyah di udara |
1.Guru meminta murid-murid
melukis bentuk huruf hijaiyyah di udara. 2.Guru membimbing
murid-murid membentuk huruf hijaiyyah dengan melukis di udara mengikut arah
yang betul. |
PN : patuh, berdisiplin
KB : menjana idea
|
Langkah 3 (10 minit) |
Menyebut gambar objek-objek
yang dilihat |
1.Guru menunjukkan kad
gambar huruf hijaiyyah yang mempunyai gambar objek kepada murid-murid. 2.Guru bertanya kepada murid
tentang gambar tersebut dan murid-murid menjawab. |
ABM : kad gambar
PN : patuh
KB : mengenalpasti maklumat
|
Penutup (10 minit) |
Membuat latihan pengukuhan |
1.Guru menyediakan lembaran
kerja yang mempunyai beberapa huruf hijaiyyah. 2. Guru meminta murid-murid
menyambung titik-titik huruf hijaiyyah tersebut. |
ABM : lembaran lerja
PN : mendengar arahan, rajin |
Refleksi :
PENDIDIKAN MORAL
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas :
5 Ceria
Tarikh :
8 Julai 2022
Masa :
9.00 Pagi – 9.40 Pagi
Umur :
5 Tahun
Bilangan Murid :
15 Orang
Tajuk :
Jom Mengenal Ciptaan Tuhan
Tema :
Alam Hidupan
Tunjang Utama :
Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Fokus :
(PM 1.0) Kepercayaan kepada Tuhan
Standard Kandungan :
(PM 1.1) Mengetahui kewujudan Tuhan
Standard Pembelajaran :
(PM 1.1.1) Menyatakan ciptaan Tuhan
Kesepaduan Tunjang :
(KD 2.3.1) Bertutur dengan yakin
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1.
Menyatakan
nama ciptaan Tuhan dengan betul
2.
Menyebut
benda hidup dan benda bukan hidup
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid-murid pernah melihat ciptaan Tuhan
Kemahiran Berfikir :
Mengenalpasti maklumat, menjana idea
Penerapan Nilai :
Patuh, tekun
Bahan Bantu Mengajar :
Video lagu, pembesar suara, kad gambar
Kosa
Kata :
Manusia, Haiwan, Tumbuhan, Matahari, Bulan, Awan
Langkah/ Masa |
Isi Pelajaran |
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran |
Catatan/Bahan |
Set Induksi (5 minit) |
Menyanyikan lagu ciptaan
Tuhan
|
1. Guru bersoal jawab dengan
murid-murid mengenai pengetahuan mereka terhadap ciptaan Tuhan. 2.Guru memasang lagu ciptaan
Tuhan. 3.Guru meminta murid-murid menyanyikan
lagu tersebut. |
ABM : video lagu, pembesar suara
PN : mendengar arahan
|
Langkah 1 (5 minit) |
Menunjukkan kad gambar
ciptaan Tuhan |
1.Guru menunjukkan kad
gambar ciptaan Tuhan kepada murid-murid. 2.Guru menyebut nama-nama
ciptaan Tuhan kepada murid-murid.
|
ABM : kad gambar
PN : tekun |
Langkah 2 (10 minit) |
Menyebut benda hidup dan
benda tidak hidup |
1.Guru menyebut nama ciptaan
Tuhan yang hidup dan yang tidak hidup menggunakan kad gambar. 2.Guru
meminta murid-murid mengikut sebutan guru. |
ABM : kad gambar
PN : patuh
KB : menjana idea |
Langkah 3 (10 minit)
|
Bersoal jawab |
1.Guru bersoal jawab dengan
murid-murid tentang ciptaan Tuhan. 2.Guru meminta murid-murid
menyebut semula ciptaan Tuhan yang hidup dan yang tidak hidup. |
PN : yakin
KB : mengenalpasti maklumat |
Penutup (10 minit) |
Membuat latihan pengukuhan |
1.Guru menyediakan lembaran
kerja mengenai ciptaan Tuhan. 2.Guru meminta murid-murid
mewarna gambar lukisan ciptaan Tuhan. |
ABM : lembaran kerja
PN : rajin
|
Refleksi :